2 Beradik Mati Serentak

Kuala Krai: Seorang ibu terkulai lemah sehingga terpaksa dipapah ahli keluarganya selepas melihat mayat dua anak perempuannya yang maut akibat kemalangan terbujur kaku atas jalan raya di simpang empat Laloh, Kilometer 98, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Haizum Ibrahim, 17, dan adiknya Asmaida Ibrahim, 14, pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Laloh dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Jelkis, Lata Rek, dekat sini, ke sekolah yang jaraknya tiga kilometer dengan menunggang motosikal Honda Wave sebelum berlanggar dengan kereta PROTON Perdana.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Haizum yang menunggang motosikal tanpa lesen keluar dari simpang Lata Rek ke Laloh melanggar bahagian depan sebelah kiri PROTON Perdana dipandu pengurus bank berusia 54 tahun yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Dua beradik itu yang tidak memakai topi keledar tercampak ke atas jalan raya dan maut akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu kereta tidak cedera walaupun kereta dipandunya terbabas melanggar papan tanda.

Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat Haizum dan Asmaida yang maut dalam kemalangan, semalam.

Mayat anak keempat dan kelima daripada enam beradik itu dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mereka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Budu, Lata Rek,dekat sini, selepas Solat Asar, semalam.-hmetro
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment