Bayi 8 Bulan Bertarung Nyawa Mengalami Pendarahan Otak Akibat Didera Bapa Kandung

Miri: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan kini bertarung nyawa akibat pendarahan dalam otak dan retak tempurung kepala selepas didera bapa kandung yang juga warga Indonesia di sebuah bilik sewa di Jalan Brooke, di sini, kelmarin.

Perbuatan itu bukan saja menyebabkan mangsa cedera parah, malah lelaki berusia 38 tahun berkenaan turut membiarkan bayi malang itu menangis kesakitan bersendirian di dalam bilik sewa sebelum dibantu seorang rakan ibu mangsa, jam 8.30 malam.

Difahamkan, lelaki tidak bekerja itu mengambil alih tugas menjaga bayi berkenaan dan abangnya berusia dua tahun berikutan isterinya yang juga warga Indonesia jarang pulang kerana bekerja sebagai pelayan wanita (GRO) di sebuah pusat hiburan di sini.

Sumber polis berkata, simpati melihat keadaan bayi itu, rakan ibunya berusia 20-an membawa mangsa ke Hospital Miri sebelum doktor yang merawat mengesan kesan lebam dan luka di wajahnya.

Pemeriksaan lanjut doktor juga mendapati tempurung kepala bayi terbabit retak selain berlaku pendarahan di dalam otak, menyebabkan pihak hospital memaklumkan polis kerana percaya ada unsur penderaan terhadap mangsa.

“Lebih menyayat hati apabila doktor turut mengesahkan kanak-kanak itu kini kritikal selain kecederaan mungkin menyebabkan dia cacat dan lumpuh seumur hidup.“Berikutan itu, polis menahan pasangan suami isteri terbabit pada hari sama laporan dibuat bagi membantu siasatan dan tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan gagal mengawal perasaannya kerana pengaruh dadah.

“Suspek itu mengakui perbuatannya, namun pada masa sama turut mendakwa cemburu dan marah kerana isterinya jarang balik ke bilik serta memperuntukkan masa dua jam bersama mereka setiap hari,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment