Bayi Perempuan Mempunyai Dua Kepala

SONIPAT (India): “YA, laporan ini adalah benar iaitu kami menyambut kelahiran bayi perempuan yang mempunyai dua kepala," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cygnus JK Hindu Hospital, Dr Ashish Sehgal.Beliau memberitahu ABCNews.com menerusi emel: “Bayi perempuan itu hidup dan sihat.”

Sehgal berkata, mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang mempunyai berat 5.3 paun atau 2.40 kilogram menggunakan kaedah pembedahan Caesarean, di hospital berkenaan, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Delhi, Rabu lalu.

The New York Daily News pula melaporkan ibu kepada bayi berkenaan, Urmila Sharma, tidak mampu untuk melakukan ujian ultrasound dan tidak tahu dia akan melahirkan anak kembar siam.Dr Shikha Malik iaitu pakar perubatan yang menyambut kelahiran bayi berkenaan berkata: "Kami hanya tahu mengenai kandungan Urmila dua minggu lalu. Tapi, ketika itu kami tidak dapat berbuat apa-apa."

Sementara itu, mengikut Daily Mail, kembar siam itu mempunyai `dua kepala, dua leher dan dua tulang belakang' tetapi berkongsi satu badan.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment