Nampaknya hari demi hari semakin banyak maklumat mengenai iPhone 6 diketahui dan terkini, beberapa laporan mengenai fungsi terbaru iPhone generasi baru ini tertiris ke arena web.
Menurut maklumat yang didedahkan, iPhone 6 kelak bakal membawakan tiga pengesan secara terbina iaitu pengesan suhu, tekanan, dan kelembapan (humidity) bagi membolehkan bacaan ketiga-tiga elemen ini diambil dengan lebih tepat apabila pengguna berada di sesuatu kawasan.
Turut tidak ketinggalan beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini juga melaporkan iPhone 6 bakal hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu sebesar 4.7-inci selain dikatakan Apple bakal menyertakan skrin Ultra Retina padanya.
Beberapa laporan lain turut memaklumkan yang mana Apple bakal meneruskan penggunaan kamera 8-megapiksel dengan mendatangkan sensor yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya selain memperkenalkan beberapa fungsi baru yang bakal disertakan bersama-sama sistem operasi iOS 7.
iPhone 6 dijangka bakal diperlihatkan kepada umum pada September tahun ini dan bakal hadir untuk pasaran tempatan menjelang November-Disember kelak.
Spesifikasi ringkas iphone 6:
iOS v7
4.
Close
80 Inch, 1080×1920 px display, IPS LCD
Quad core
13 MP Primary Camera, 1.20 MP Secondary
3G, WiFi, NFC
16 GB Internal Memory
Spesifikasi penuh boleh lihat disini:http://www.91mobiles.com/apple-iphone-6-price-in-india
sumber-http://www.myinfo4u.net
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment