Janda Anak Satu Binggung Menjalinkan Hubungan Percintaan Dengan Suami Orang

Saya janda beranak satu. Kini, saya menjalin hubungan dengan suami orang berusia 41 tahun sejak setahun lalu. Untuk menguji kesabarannya, saya menetapkan syarat untuk kami berkahwin selepas dua tahun.Kemudian, isterinya mendapat tahu mengenai hubungan ini dan memberi amaran kepada saya, menyebabkan kami menjarakkan hubungan.

Ruang itu membuatkan hubungan dia dan isteri kembali jernih, namun saya mula bosan kerana dipinggirkan.Kekasih tetap ingin mengotakan janjinya mengahwini saya selepas dua tahun, jadi saya buntu sama ada ingin meneruskan hubungan atau melepaskannya.


ZAL
Ipoh, Perak

Cuba tanya diri sendiri, apakah ciri-ciri suami yang puan idamkan. Jika puan mahukan suami yang memberi tumpuan sepenuhnya pada puan tanpa berasa dipinggirkan, pilihan menjadi isteri kedua atau berpoligami mungkin perlu dipertimbangkan semula.Suami berpoligami terpaksa membahagikan masa untuk wanita lain juga berlaku adil.

Jika puan ingin mempunyai suami penyabar, menguji dengan cara membiarkan dia menanti selama dua tahun sudah dikotakan.Cinta tidak selama-lamanya melekat di hati dan jika puan masih terus menguji, dia mungkin beralih cinta selepas hilang sabar.

Sebagai ibu tunggal, puan harus memikirkan calon yang sesuai dengan status dan keinginan puan.Jika lelaki ini mencukupi syaratnya, tawakal pada Allah.Usah mencari kesempurnaan kerana puan tidak akan bertemu tetapi sempurnakan diri dengan kekurangan yang ada, itu akan lebih menenangkan hati.



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment