Nak Sangat Abang Angkat Kan Dah Terangkat

sebagai renungan buat mereka yang mempunyai adik atau abang angkat jangan sampai terangkat ingatlah lelaki dan perempuan apabila bersama maka pasti ada perasaan ingin mencuba mengambil kesempatan atau keinginan memuaskan nafsu masing-masing

Arau: Seorang gadis berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia 40 tahun selepas terpedaya dengan taktik suspek mahu menjadikannya adik angkat dalam kejadian pada Isnin lalu.Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mangsa yang lari dari rumah tinggal bersama lelaki itu sebelum dirogol suspek di sebuah rumah di Kampung Kebun, di sini.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama lelaki itu sejak dua minggu lalu dan sudah tidak bersekolah.Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, pada malam kejadian mangsa mendakwa dipaksa oleh suspek untuk melakukan hubungan seks dengannya tetapi ditolak oleh gadis terbabit.

“Bagaimanapun, mangsa terus dipaksa suspek sebelum dirogol beberapa kali. Gadis terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Arau berhubung kejadian pada keesokan harinya sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk pemeriksaan.

“Pihak polis berjaya menahan lelaki berkenaan semalam (kelmarin) untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.


sumber
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment