assalammualaikum w.b.t Utz. Baru-baru ini ada seorang hamba allah ini menanyakan soalan kepada saya. Dan soalan itu tidak berani saya jawab. Dia dah bertunang dan akan melansungkan perkahwinan pada bulan march ini.
Sebelum ini dia pernah melakukan hubungan dengan tunangnya dan pasangan tersebut tidak mengetahui bahawa tunangnya telah mengandung 4 bulan. Soalan saya adakah selepas pasangan tersebut sah diijabkabulkan, anak yg bakal dilahirkan itu boleh di BIN/BINTI kan pada suami tersebut? Walaupun sememangnya anak itu hasil dari hubungan mereka. Sekian wasalam..
Jawapan
Wa'alaikumussalam wrh. wbt. Perempuan yang mengandung harus bernikah dengan calon suaminya. Anak yang lahir selepas enam bulan daripada tarikh pernikahan maka anak tersebut boleh dibin/bintikan kepada suami tersebut.
Sekiranya anak yang dilahirkan kurang enam bulan daripada tarikh perkahwinan maka anak tersebut hendaklah dibin/bintikan kepada Abdullah atau Asma' al-Husna yang lain.. Status : Selesai - Paparan Web. Nombor Rujukan :PANEL SJAI 210807 Tarikh Selesai :21/08/2007 04:03 AM Saya telah membaca berbagai bagai artikel tentang perkara ini, dan telah mendengar berbagai bagai penerangan.
Tapi tiada yang betul2 meyakinkan saya tentang status pernikahan bagi pasangan yang nikah hamil ini. Perkara ini sangatlah serius, sehinggakan kalau tidak sah, pasangan itu akan hidup dalam zina mengikut sesetengah pendapat. Diharap soalan saya ini dapat dijawab. Perkahwinan bagi wanita yang hamil adalah sah dari segi syarak. Sekiranya masih ragu-ragu sila hubungi panel di talian 03-88864161
sumber:kemusykilan.islamgrid.gov.my/
Home
/
info agama
/
Pasangan Tunang Terlanjur Dan Hamil Serta Melahirkan Anak Boleh Di Bin Atau Bintikan Nama Ayah Tersebut?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ini adalah pengetahuan umum knapalah muslim skrg semakin JAHILLL
ReplyDelete