Terkini!!! Raja Bomoh Malaysia Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin Dakwa Pesawat MH370 'Tergantung' Antara Tiga Negara

Raja bomoh dakwa pesawat MH370 'tergantung' antara tiga negara
SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit."Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.


Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin."Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

Ihsan Akhbar Tempatan


sumber diambil di  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=719668998056322&set=a.631896800166876.1073741828.630569160299640&type=1&stream_ref=10
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments :

  1. Possible... apa2 pon allah maha kuasa dan maha mengetahui

    ReplyDelete
  2. ades,plok trtgntg.mcm2 crito doh ambo dgr,td ado doh mendrat d kota bhru.g tgk upe nye keta kancil.sumak.

    ReplyDelete
  3. Saya turut preaten saya ikut br doa semoga allah memberi petunjuk kepda kita semua atas hlangnya peswat mh370 amin

    ReplyDelete
  4. Ikhtiarla ikut kepakaran masing2..yg penting keselamatan semua penumpang n anak kapal mh370

    ReplyDelete
  5. Kte kne pcye jugk bp jn jugk pcye sgt nan sains ni kter lam dunia ni byk tnggl mkhluk2 yang seaktu dgn nya allahuallam...

    ReplyDelete
  6. Cbelh apa2 carapun asalkan MH370 kembali dgn selamat

    ReplyDelete
  7. Sekurang2nya ikhtiar.. xkira apa jua cara sekali pun..

    ReplyDelete