Baru sahaja melangsungkan majlis  perkahwinannya pada Jumaat lalu, Zahid Baharudin atau Zahid AF telah  ditimpa masalah apabila dia dikhabarkan sesak nafas semasa berada di  lokasi berbulan madu iaitu di Cameron Highland, Pahang.
Zahid sempat berkongsi gambar dirinya di  sebuah klinik dengan bernafas mengunakan topeng bantuan pernafasan  oksigen di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Zahid yang merupakan penyampai radio Era  FM ini telah selamat diijabkabulkan dengan gadis kelahiran Teluk Intan,  Perak iaitu Sarah Julifa Isa.
Buat Zahid semoga cepat sembuh dan selamat melayari bahtera bersama isteri tercinta.

0 comments :
Post a Comment