Karpal Singh boikot Muktamar Pas?

SHAH ALAM - Seperti diduga, kelibat Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak kelihatan pada Muktamar Tahunan Pas Kali ke-59 yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

DAP diwakili oleh Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai, manakala PKR diwakili oleh presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Turut kelihatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Taib.

Ekoran kontroversi yang tercetus membabitkan pemimpin DAP itu dan Pas baru-baru ini, ada yang berharap Karpal datang ke muktamar tahunan parti itu untuk menjernihkan keadaan.

Ketua Pemuda Pas yang baru, Suhaizan Kaiat antara pimpinan Pas yang berharap ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akan hadir hari ini.

"Kalau dia datang lagi bagus boleh sedikit meredakan suasana," katanya kepada Sinar Harian Online.

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff sebelum ini berpendapat, isu yang tercetus di antara Karpal dan Pas ini perlu diselesaikan dengan bersemuka di pentas muktamar.

"Terpulang kepada Pas. Kalau dijemput, (Karpal) perlu hadir.

"Kalau saya jadi Pas, saya akan jemput dan kalau saya jadi Karpal, saya akan hadir," ujar beliau.

Karpal sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan, parti atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama perlu dibatalkan pendaftaran mereka kerana ia disifatkan "bahaya".

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment