Ketua Pemuda Pas cadang ubah nama Pemuda

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat
PETALING JAYA - Ketua Pemuda Pas yang baru dipilih, Suhaizan Kaiat mencadangkan agar nama Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia turut dikenali sebagai Pemuda Pas Malaysia pada masa akan datang.

Katanya, ia bagi mengelakkan ulangan Malaysia dua kali dalam nama tersebut.

"Kalau Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia akan jadi Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia Pusat Malaysia.

"Jadi, saya cadangkan Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia turut dikenali sebagai Pemuda Pas Malaysia," katanya ketika memberi Ucapan Penangguhan Ketua Pemuda, hari ini.

Suhaizan mendapat 320 undi menewaskan dua pencabar lain, Yang Dipertua Pas Putrajaya Kamarulzaman Muhammad (307) dan peguam Pas, Zulhazmi Sharif (tujuh).
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment