SHAH ALAM - Pas hari ini menegaskan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan dalam Bajet 2014 merupakan sistem percukaian yang tidak adil tanpa mengira pendapatan rakyat.
Sepatutnya kata Abdul Hadi, kerajaan mengguna pakai kaedah percukaian menurut Islam iaitu dengan hanya mengenakan cukai ke atas sesuatu barangan yang mendatangkan keuntungan dan bukan secara keseluruhan.
Sistem cukai Islam juga katanya sentiasa memastikan kuasa beli rakyat lebih stabil dan kukuh.
"Pas tetap konsisten menolak GST kerana ia boleh melemahkan masa depan ekonomi negara.
"GST tidak ubah sekadar menjadi ubat penahan sakit kepada kerajaan dengan menjadikan rakyat sebagai ramuannya," katanya dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Pas kali ke-59, di sini, hari ini.
"Sistem percukaian moden boleh dikenakan oleh kerajaan ke atas rakyat tanpa mengira sama ada cukai tersebut dikenakan ke atas barang keperluan atau transaksi rakyat," tambahnya lagi.
Kerajaan akan melaksanakan GST bermula 1 April 2015 pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, Oktober lalu memberitahu, GST adalah sistem cukai adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia.

0 comments :
Post a Comment