5 Gambar Protes Separa Bg*l Yang Gagal
Rio
de Janeiro: Bantahan yang diuar-uarkan secara meluas bagi
mempertahankan hak untuk tampil separuh bogel di pantai bandar raya ini
tidak mendapat sambutan Sabtu apabila hanya segelintir wanita yang
berbuat demikian.Lebih 100 jurugambar bersesak di pantai berpasir
Ipanema apabila wanita pertama menanggalkan bahagian atas bikininya bagi
sebagai membantah undang-undang itu. Hanya tiga atau empat lagi wanita
menyusulinya.
“Payudara
tidak berbahaya,” kata Olga Salon, 73, penduduk asal Rio sambil
menanggalkan colinya.Brazil mempunyai reputasi sebagai negara seks
liberal di peringkat antarabangsa dan berbogel bukan saja boleh
diterima, malah turut diamalkan ketika karnival.PETUGAS media
mengelilingi seorang wanita yang menanggalkan colinya sebagai bantahan
terhadap larangan agar tidak tampil separuh bogel di pantai Ipanema, di
Rio de Janeiro, Brazil, Sabtu lalu.
Ratusan
ribu warga asing yang akan mengunjungi Brazil tahun depan untuk Piala
Dunia dan Olimpik dua tahun berikutnya bakal menyaksikan bikini yang
mendedahkan bahagian belakang pemakainya.Namun, mengikut kanun jenayah
Brazil bertarikh 1940-an, perbuatan separuh bogel dalam kalangan wanita
ialah “tindakan lucah” dan boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan
hingga setahun atau denda.
Malah,
pengkritik undang-undang mengakui beberapa individu sudah disabitkan
dengan kesalahan itu.Bantahan Sabtu lalu itu adalah kejadian terbaru
dalam perdebatan mengenai bahagian tubuh yang dibenarkan didedah di
pantai Rio.
Penganjur
memberitahu media, langkah itu adalah reaksi terhadap insiden November
lalu apabila aktres Cristina Flores dimarahi pengawal pantai selepas dia
menanggalkan bajunya ketika sesi penggambaran di pantai Ipanema.“Mereka
meluru ke arah saya dan menjerit sambil mengarahkan saya memakai semula
baju, seolah-olah ada bom yang akan meletup jika saya tidak mematuhi
arahan,” katanya. - AP
0 comments :
Post a Comment