Artis Jepun Masak Angry Bird Sendiri Dan Menjual Dengan Harga 250 Usd

JIJIK, tanpa pegangan agama, manusia akan jadi begitu menjijikkan. Seorang artis di Jepun menjual kemaluannya sendiri untuk dihidangkan kepada sesiapa yang sanggup membayar wang sejumlah US$250 sepinggan.

Tambah menghairankan, enam orang pelanggan sanggup membayarnya untuk menikmati sajian makan malam yang eksotik dan menjijikkan itu.Artis lelaki berusia 22 tahun, Mao Sugiyama hidup sebagai seorang manusia aseksual. Dia inginkan kehidupan tanpa dikekang jantina semulajadinya.

Beberapa hari selepas harijadinya yang ke 22, dia telah membuat satu pembedahan membuang organ jantina dan segera menawarkannya kepada sesiapa yang berminat untuk memakannya.

Di halaman Twitter dia menulis:


    "[Tolong retweet] Saya menawarkan kemaluan lelaki saya (lengkap, zakar, testis, kerandut) sebagai makanan dengan harga 100,000 yen. Akan dihidang dan dimasak mengikut kehendak pembeli, di lokasi yang telah dipilih"

Pada 13 April lalu, lima daripada enam pelanggan yang telah mendaftar untuk memakan kemaluan Sugiyama hadir di majlis makan malam yang diadakan di salah sebuah restauran di Tokyo.

Tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan menjual dan memakan kemaluan seperti ini di Jepun kerana undang-undang negara itu tidak menghalang "Canibalisme".


sumber:
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment