Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air mendapat reaksi negatif daripada penduduk di Pulau Pinang.
Berikutan sikap bodoh sombong dan ego , tindakan kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng kini bukan sahaja di anggap sebagai zalim tetapi turut menimbulkan rasa marah sehingga rakyat mula bangun menyuarakan bantahan mereka melalui demontrasi.
Seramai lebih kurang 100 penduduk bersama-sama dengan kumpulan anak-anak Penaga telah bertindak dan memprotes keputusan berkenaan dengan mengadakan demontrasi aman di Pekan Penaga semalam.
Tindakan Guan Eng ini membuktikan bahawa DAP Pulau Pinang langsung tidak peka kepada kebajikan rakyat dan bertindak zalim kepada rakyat miskin.
Bagaimana nasib penduduk atau keluarga yang punya bilangan isi rumah yang ramai ? Penggunaan air sudah tentu tidak sama dengan mereka yang punya bilangan isi rumah yang kecil.Berdasarkan itu maka keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang di anggap tidak efisien apatah lagi ianya berlaku di saat peningkatan kos sara hidup yang agak tinggi.
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering mendabik dada kononnya yang terbaik dalam Malaysia , keputusan untuk membebankan rakyat dengan menaikkan tarif air semata-mata untuk mengatasi masalah kononnya kekurangan air di lihat banyak pihak sebagai satu tindakan bodoh dan tidak bijak.
Malah rata-rata penduduk dan rakyat Pulau Pinang melihat keputusan ini punya agenda tersembunyi selain daripada bukti kegagalan kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng melakukan perancangan yang berjiwa rakyat.
Telah banyak kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang di dedahkan sebelum ini malah setelah 2 penggal mentadbir negeri Pulau Pinang , kegagalan pimpinan Lim Guan Eng tidak lagi dapat di sembunyikan dan ia mula muncul satu persatu membuktikan kepada rakyat bahawa "Kerajaan CAT Gagal" !
Home
/
info semasa
/
3 Gambar Dan Video Rakyat Pulau Pinang Kecam Lim Guan Eng Diatas Kenaikan Harga air
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment