KUALA
LUMPUR: Seorang wanita berusia 20 tahun mendakwa dirinya dirogol oleh
seorang mekanik yang mengaku dirinya bomoh ketika dia sedang berurut
untuk memulihkan tangannya yang terseliuh.
Menurut laporan The
Star, Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner, Rowell Marong berkata
lelaki berusia 50 tahun itu kini telah ditahan reman bagi membantu
siasatan.
Ketika kejadian berlaku, mangsa bersama ibunya datang
ke rumah suspek yang terletak di kawasan setinggan untuk mendapatkan
rawatan kali keempat dan yang terakhir pada pukul 7.30 malam Khamis
lalu.
Mangsa hanya menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya
apabila mereka pulang ke rumah. Ibunya kemudian membawa mangsa ke balai
polis untuk membuat laporan.
Polis kemudiannya menghantar mangsa untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Duchess Kent.
Marong berkata kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan.
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment