Hukum Melafazkan Talak Ketika Marah Tanpa Saksi Dan Tiada Niat

Saya ingin mengetahui talak yang sudah dilafazkan. Pada 2011 saya bergaduh dengan isteri dan dia memaksa menceraikannya. Oleh kerana terlalu marah, akhirnya saya terlafaz talak satu tanpa niat dan tiada saksi.Kemudian kami berbaik semula dan tak lama kemudian kami bergaduh lagi. Saya terlafaz talak satu lagi tanpa niat dan saksi, tapi kami masih lagi bersama sampai hari ini.

Baru-baru ini saya bergaduh lagi dan isteri memaksa dia diceraikan. Sekali lagi saya terlafaz talak dua tanpa niat dan tiada saksi.Jadi, adakah talak itu sudah jatuh? Jika benar sudah jatuh, berapakah talaknya? Adakah saya masih boleh rujuk lagi dengan isteri saya?

Setahu saya talak takkan jatuh andai kita tiada niat dan tiada saksi. Sebab waktu itu saya dalam keadaan marah dan tak fikir apa-apa lagi. Saya harap Dr dapat membantu saya dalam ini.

Hapiz,
Kuala Lumpur
 

Lafaz talak secara jelas (sarih) tetap jatuh walaupun tanpa niat dan dalam keadaan marah seperti di atas. Hanya talak berbentuk kinayah, iaitu tidak nyata dan ada pelbagai maksud, tidak jatuh tanpa niat.Dalam kes anda, talak adalah secara jelas dan hukumnya sudah jatuh.

Bagaimanapun, ia hendaklah dirujuk kepada mahkamah syariah atau Jabatan Agama Islam Negeri terlebih dahulu dengan kadar segera.Mahkamah akan menetapkan kedudukan perkahwinan anda berdua. Dalam mensabitkan talak, mahkamah terlebih dahulu mendengar keterangan anda berdua. Mahkamah juga boleh membicarakan mengenai paksaan yang anda nyatakan itu.

Soalan Kedua

Lafaz Cerai Dalam Keadaan Tertekan

Saya ada soalan berkaitan lafaz cerai. Si isteri selalu mendesak suami mengatakan: “Ceraikan aku.” Apakah jatuh talak sekiranya si suami berkata dalam keadaan tertekan: “Ok kau nak cerai sangat, kita cerai.”

Kemudian si suami tersedar dan mengajak untuk bersama sebagai tanda rujuk. Apa pendapat Dr dalam kes ini?

Abdullah,
Melaka

Jatuh talak dengan kata-kata berkenaan. Begitu juga sah rujuk. Perkara ini hendaklah dilaporkan kepada mahkamah syariah untuk pengesahan.Nasihat saya, jangan kita mempermainkan kata-kata cerai kerana membawa akibat yang tidak baik, iaitu keruntuhan rumah tangga.

Oleh Dr Salam, Harian Metro

sumber:http://selangor2u.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment